tuhan kelalaian apakah ini
selalu menderu hatiku
berdebukah cermin hati
apakah silapnya
tentang aku
dalam perjalanan hidup
butiran apakah
berbuai bagaikan dosa
berderai bagaikan alpa
tuhan sebelum aku tinggalkan
bumi ini
satu pintaku padamu
berilah aku hidayahmu
agar aku tidak pulang
ke sisimu dengan dosa
aku tidak mahu menjamah neraka
yang panas tidak terhingga
walau jatuh sebesar zarah
pasti bumi akan hancur
seluruh cakeraalam akan musnah
tuhan aku mahu ke syurgamu
tariklah jasadku ke arah itu
moga rohku tenang disisimu
tuhan aku tidak mahu
menjadi manusia rugi
diakhirat kelak
senyumkanlah aku tuhan
dengan hidayahmu
tarikanlah jiwaku
hatiku
jasadku
rohku
kepada mu
sesungguhnya
diri ini tidak bernilai
tanpa sujud kepadamu....