Minimal Design

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it ...

Easy to use theme’s admin panel

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it ...

Featured posts

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it ...

Hello, I am Vk bhardwaj and i do awsome Blogger Template Designs for your blog, download templates at Www.BestTheme.Net. Thanks A Lot

disini perjalan

antara kita dalam kehidupan
aku bukanlah sempurna buatmu
tapi perjalanan ini harus diteruskan
bukan sekadar cinta
tapi keteguhan hati
perlu kuat antara kita..

bukan mengukir keegoan
bukan mengukir dendam
tapi kesetiaan pada kata hati
aku bukanlah pahlawan cinta
tapi aku akan cuba memperjuangkan cinta
dalam kehidupan penuh persoalan
penuh ujian dan rintangan
yang penting hati perlu kuat
dan tenang...

mencari ketenangan adalah sujud kepadanya....

read more

kadang-kadang terasa gentar bila menghadapi musuh tp aku langkahkan kaki jua demi keamanan negara

kadang-kadang nyawa ini bagai menlayang bila nafas tersekat

tp dengan semangat yang ada aku kuatkan diri menempuh apa jua berlaku

kadang-kadang aku kecewa dengan masyarakat yang menghukum pekerjaanku

 apakah harusku mati dahulu baru untukku membalas serangannnn

 dan apakah harusku menlepaskan perjenayah bergitu sahaja

 tidak mungkin

 kerana aku telah dipertanggungjawabkan menjaga keamanan

 biar liku mendatang biar duri menempa aku tetap menghadapinya

kerana ku tahu siapa yang betul dan siapa yang salah

 selagi nyawaku ada aku tetap mempertahankan negara ini

 nkra yang dilaungkan oleh kerajaan akan ku cuba kurangkan

 kerja ku hidup antara mati.....

 biarku berjuang bukan kerana nama


 selagi layaknya aku dalam tuagas ini,aku akan cuba sedaya upaya.....

read more

hidup ini indah
jika disulam dengan
kuntum-kuntum kebahagian
dalam nafas zikrurallah
bila sujud pada yang satu

hidup ini indah
jika kita menyulam rasa
nikmat pada illahi
anugerah alam yang penuh keajaiban

hidup ini indah
bila syukur tanginsan menitis
di sejadah doa
yang penuh khilaf

hidup ini indah
jika hati suci
tiada sengketa
antara kita

hidup ini indah
bila rindu kasih
padal ciptaan tuhan
dalam mengecapi waktu seharian

hidup ini indah
bila air yang suci
menyentuh tubuh
bila dosa tertanggal
dengan wuduk
kita laksanakan

read more

read more

butiran dilema
waktu menerjah
diruang alam
yang bisa ku hayati
lama dala diri
merenung persimpangan
dunia seolah berputar
aku terleka dalam alam
indah pasti ada
disebalik derita
mungkin dunia
hanya mimpi
pada aku yang tiada
perjalanan hidup
berliku-liku
keinginan menlampau
batasan
butiran dilema
dunia membilang hari
waktu mengejar masa
lantas kita sering terleka
oleh mimpi khayalan
bumi yang indah
aku terjemahkan persoalan
hidup di alam nyata....

read more

hembusan rindu
ini semakin dekat
tapi dimana untuk
ku sentuh
setelah ia hilang
dalam bayangan

rindu
indahnya bila ku rasa
setipa jantung bergetar
setiap nadi berdenyut
memanggil-manggil
rindu ini

rindu
layakkah aku
mendaparkan kasih
membelai dirimu
sedangkan aku kekurangan
rindu siapakah milikmu

rindu
aku disini melihat dimata
yang jauh disana
luas pandangan dalam
seni keindahan

rindu
hendakku luahkan perasaan ini
tetapi nafasku terhalang
oleh benteng-benteng
persoalan

rindu
apakah aku yang mampu
atau dirimu yang tidak mampu
aku mendambaikan kasih
setulus suci
dari rindumu


hembusan rindu
kemana arahmu
aku tidak tahu
kerana hembusan mu
tiada tempat
untuk singgah
di hati seorang wanita

read more

mampukah kita menjulang negara
jika jati diri tiada
apakah melayu terus lalai
dalam siokologi barat
perhubungan tiada batasan
antara lelaki dan perempuan
bermipikah kau wahai melayu
mengecap kenikmatan diusia muda
sehingga maruah tergadai
dalam arus kelalaian
mampukah kamu melayu
bangsaku menjulang negara
jika dirimu tertewas
nasihat ibu dan ayah
engkau endahkan
semata-mata mencari kebebasan
di dalam semak
di dalam hotel
dan di mana-mana
kamu melakukan maksiat
apabila perut membesar
kamu gelisah
apabila lahirnya seorang khalifah
engkau bunuh
kejamkah kau melayu
membawa islam di mata dunia
tapi tercemar oleh perbuatan diri
melayu jangan kamu tewas kerana nafsu
jika kamu tidak mampu bertanggungjawab
cukuplah dengan dosa yang ada
jangan kamu tambahkan lagi
aku luahkan ini
bukan kerana aku
tapi kerana bangsaku
tidak sangup lagi
aku meratap bayi-bayi
dibunuh
dibuang
apakah manusia ataupun siapa
cukuplah
cukuplah
selamatkanlah negara kita
ini zaman kemodenan
zaman pembangunan
jika melayu ramai yang mundur
mungkin keturunan kita hancur
dan negara kita akan musnah
berfikirlah demi diri
keluarga
negara
dan islam mu..
jadilah seorang manusia yang berguna
ada wawasan
ada tujuan
jangan jadikan kecantikan mu
sebagai kelalaian
apa gunanya dirimu cantik
jika pendirian mu tiada
kamu generasi akan datang
jangan musnahkan semua ini
sama-samalah kita bangun
berusaha mengubah kehidupan kita
agar kita lebih maju
jangan biarkan kita hanyut
oleh keseronakan.

read more