sudah lama ku tinggalkan
demi mencari rezeki
aku dirantau orang
mencari sesuap rezeki
sudah lama kutinggalkan
kampungku
rasa rindu
saat waktu bermula
disitu aku mengenal hidup
suasana yang indah
disaat remajaku
mengejar keseronakan
tanpa memikirkan kesusahan
kerana nasi sudah terhidang
bila penat bermain
ibu terima kasih
memberiku tenaga
memberiku pelajaran
kini aku seketika
disentak kenangan zaman
yang mendewasa permikiran
alam seharian
aku ingin pulang kezaman dulu
tapi tidak mungkin
kerana masa sudah berlalu pergi..
hidup kini jauh dengan kampungku
terkadang rindu menjelma
tapi demi sebuah kehiupan
itu terpaksa ku korbankan...