Minimal Design

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it ...

Easy to use theme’s admin panel

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it ...

Featured posts

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it ...

Hello, I am Vk bhardwaj and i do awsome Blogger Template Designs for your blog, download templates at Www.BestTheme.Net. Thanks A Lot

Archive for Mac 2010

mampukah kita menjulang negara
jika jati diri tiada
apakah melayu terus lalai
dalam siokologi barat
perhubungan tiada batasan
antara lelaki dan perempuan
bermipikah kau wahai melayu
mengecap kenikmatan diusia muda
sehingga maruah tergadai
dalam arus kelalaian
mampukah kamu melayu
bangsaku menjulang negara
jika dirimu tertewas
nasihat ibu dan ayah
engkau endahkan
semata-mata mencari kebebasan
di dalam semak
di dalam hotel
dan di mana-mana
kamu melakukan maksiat
apabila perut membesar
kamu gelisah
apabila lahirnya seorang khalifah
engkau bunuh
kejamkah kau melayu
membawa islam di mata dunia
tapi tercemar oleh perbuatan diri
melayu jangan kamu tewas kerana nafsu
jika kamu tidak mampu bertanggungjawab
cukuplah dengan dosa yang ada
jangan kamu tambahkan lagi
aku luahkan ini
bukan kerana aku
tapi kerana bangsaku
tidak sangup lagi
aku meratap bayi-bayi
dibunuh
dibuang
apakah manusia ataupun siapa
cukuplah
cukuplah
selamatkanlah negara kita
ini zaman kemodenan
zaman pembangunan
jika melayu ramai yang mundur
mungkin keturunan kita hancur
dan negara kita akan musnah
berfikirlah demi diri
keluarga
negara
dan islam mu..
jadilah seorang manusia yang berguna
ada wawasan
ada tujuan
jangan jadikan kecantikan mu
sebagai kelalaian
apa gunanya dirimu cantik
jika pendirian mu tiada
kamu generasi akan datang
jangan musnahkan semua ini
sama-samalah kita bangun
berusaha mengubah kehidupan kita
agar kita lebih maju
jangan biarkan kita hanyut
oleh keseronakan.

read more

cinta
kemanakah asmara
tika aku disini
menanti dirimu

cinta
antara emosi dan cinta
siapakah yang harus dimiliki
agar gengaman kita erat
dalam perjuangkan perjalanan


cinta
halusnya kasihmu
bagaikan zarah-zarah udara
terasa tenang bila disisi
terasa kasih bila diperhalusi
tapi cinta persoalan
apakah yang membunuh cinta
sehingga titisan air mengalir
dikelompak mata


cinta
janji pernah kita ukir bersama
tapi janji bukan masa
janji dimana harus dingat
andainya langit ini
ku tulis atas nama cinta
dengan sekeping keikhlasan
mungkinkah kita bersama
ataupun ia hilang ditiup angin


cinta
usia remaja kita mencari
apakah betul pencarian kita
jika takdir tidak menizinkan
aku tidak pasti
hanyut dalam fikiran
apakah cinta ataupun derita


cinta
lakaran cinta yang ku tulis
dihati akan tetap kekal
dan cintamu yang kau luahkan
dilangit membiru
aku tidak pasti
adakah dikau ingat padaku..

read more

malam-malamku
dalam bayangan
disini merenung
ketajaman halusi
berlegar-legar
mengapai sesuatu
yang bisa ku petik
dalam naluri
bermain mimpi
antara alam
dunia misteri
pancaknya angin
putarannya waktu
bergitulah aku
berjalan di dunia
kekadang alpa
tentang kewujudpan pencipta
bagaikan terleka
dimuara kelalaian
yang mana selimut keindahan
melindungi mata-mata
yang kaku menilai
suasana alam....

read more


tuhan kelalaian apakah ini
selalu menderu hatiku
berdebukah cermin hati
apakah silapnya
tentang aku
dalam perjalanan hidup
butiran apakah
berbuai bagaikan dosa
berderai bagaikan alpa
tuhan sebelum aku tinggalkan
bumi ini
satu pintaku padamu
berilah aku hidayahmu
agar aku tidak pulang
ke sisimu dengan dosa
aku tidak mahu menjamah neraka
yang panas tidak terhingga
walau jatuh sebesar zarah
pasti bumi akan hancur
seluruh cakeraalam akan musnah
tuhan aku mahu ke syurgamu
tariklah jasadku ke arah itu
moga rohku tenang disisimu
tuhan aku tidak mahu
menjadi manusia rugi
diakhirat kelak
senyumkanlah aku tuhan
dengan hidayahmu
tarikanlah jiwaku
hatiku
jasadku
rohku
kepada mu
sesungguhnya
diri ini tidak bernilai
tanpa sujud kepadamu....

read more